Tuesday 20 November 2012

@Keputusan UPSR 2012

Syabas dan tahniah pada calon-calon UPSR SK Simpang Rengam tahun 2012 kerana telah mencatat keputusan yang sangat memberangsangkan.Seramai 33 orang calon telah mendapat 5A dan 29 mencatat keputusan 4A

Monday 10 September 2012

UPSR 2012

Guru-guru dan warga SK Simpang Rengam mengucapkan selamat menjalani peperiksaan UPSR kepada calon-calon UPSR SK Simpang Rengam.Semoga berjaya dan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.Doa kami mengiringi kalian.....
*Kejayaan anda,kebanggaan kami.......

Monday 2 July 2012

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012

perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Simpang Rengam Tahun 2012 telah berjalan pada 14 & 15 Jun 2012.Perkhemahan ini telah di adakan di padang sekolah.Antara aktiviti yang di laksanakan adalah seperti malam kebudayaan,pertandingan memasak dan jungle tracking.Selama dua hari peserta perkhemahan di beri peluang hidup berdikari dengan diawasi oleh guru-guru yang bertugas.

Thursday 14 June 2012

Hari Guru 2012

Seperti tahun -tahun sebelum,tanggal 16 Mei setiap tahun di sambut dengan sambutan Hari Guru di seluruh negara.SK Simpang Rengam turut merayakan hari istimewa untuk para guru ini mengikut sesi.
Bagi sesi pagi,sambutan dimulai pada jam 7.15 pagi dengan perhimpunan semua murid dan guru sesi pagi diikuti dengan acara-acara yang telah disusun sehingga jam 9.30 pagi.
Bagi sesi petang pula,sambutan bermula dari jam 2 petang hingga 6.Dimeriahkan dengan nyanyian dan permainan......

Monday 2 April 2012

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SK Simpang Rengam telah di adakan pada hari Sabtu,31 Mac 2012.Mesyuarat ini telah di rasmikan oleh Tn Hj Tosrin b Jarvanti-Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri.Pada mesyuarat ini juga telah di sampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan UPSR 2012.

Sebagai menyerikan lagi majlis,persembahan koir dan nasyid telah di persembahkan oleh pelajar SK Simpang Rengam.Acara cabutan bertuah turut diadakan sebagai memeriahkan acara.

Friday 2 March 2012

Penyampaian watikah pengawas PSS sesi 2012

Pada 25 Februari yang lalu,Pusat Sumber dengan kerjasama unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan kursus Kepimpinan untuk pengawas,pengawas pusat sumber,ketua dan penolong kelas.Dalam kursus ini,para pelajar telah di dedahkan tentang aspek kepimpinan dan tanggungjawab sebenar mereka terhadap jawatan yang mereka sandang.
Pihak Pusat Sumber telah menyampaikan watikah pelantikan kepada pengawas perpustakaan pada sesi LDK yang berlangsung di perpustakaan.Semoga dengan pelantikan ini,organisasi pengawas Pusat Sumber dapat menjalankan tugas dengan lebih baik lagi......

Monday 27 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul SK Simpang Rengam 2012

Pada hari Isnin,20 Februari 2012 yang lalu,SK Simpang Rengam tan Maulidur Rasul telah meraikan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.Sambutan ini dilaksanakan mengikut sesi di mana pada sebelah pagi acaranya adalah perarakan di susuli dengan ceramah yang telah di sampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Azali b Abdan dari SK Seri Maju Jaya.


Bagi sambutan di sebelah petang pula,murid-murid mendengar ceramah yang telah di sampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Redhauddin b Hj Sarun dari SK LKTP Felda Layang-layang.Selepas sesi ceramah murid serta para guru menikmati juadah lazat yang telah di sediakan oleh pihak kantin sekolah.

Wednesday 15 February 2012

PERTANDINGAN APSSC 2012

SK Simpang Rengam telah terpilih mewakili daerah Kluang ke pertandingan APSSC(Anugerah pusat sumber sekolah cemerlang) bagi tahun 2012 kategori SK Luar Bandar.Pasukan pemantauan telah melakukan pemantauan pada 14 Februari 2012 yang lalu.


Di akhir pemantauan,pihak pengurusan pusat sumber dapat mengenal pasti beberapa elemen yang perlu diperbaiki lagi dari masa ke semasa.Pertandingan ini sekurang-kurangnya dapat membuka mata untuk mengenal kelemahan yang ada dan cuba membuat penambahbaikan.Semoga lebih berjaya di masa depan.. ......

Monday 13 February 2012

PERTANDINGAN NILAM DAERAH KLUANG 2012

Pada pertandingan NILAM daerah Kluang tahun 2012 yang berlangsung pada 8 Februari 2012 di PKG Kluang Timur,wakil dari SK Simpang Rengam iaitu Nurul Farahin Syuhada telah berjaya mendapat tempat kedua (kategori SK Luar bandar).Tahniah di ucapkan

Sunday 29 January 2012

Al Fatihah.....

Pada hari Ahad,29 Januari 2012,SK Simpang Rengam telah kehilangan seorang warganya. Cikgu Razali b Ali telah kembali ke Rahmatullah.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin......

Friday 27 January 2012

Minggu Orientasi Tahun 1-sesi 2012

Minggu orientasi bagi murid tahun 1 SK Simpang Rengam telah berlangsung dari 4 hingga 20 Januari 2012.Pelbagai aktiviti telah di atur dan dijalankan oleh para guru tahun 1 untuk memberi pendedahan pada murid tahun 1 yang baru memasuki alam persekolah tentang perbezaan corak pembelajaran dari prasekolah mereka.

Thursday 5 January 2012

PENGUMUMAN....

Buat masa ini Pusat Sumber ditutup pada semua murid dan guru untuk proses naik taraf.Pusat Sumber akan beroperasi seperti biasa apabila dimaklumkan kelak.
Sekian terima kasih

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.....

SELAMAT KEMBALI KE SESI PERSEKOLAHAN 
TAHUN 2012

Sesi persekolahan tahun 2012 telah bermula,selamat kembali ke sekolah dengan azam baru dan menempuh tahun ini dengan penuh kegemilangan.......