Thursday 24 January 2013

Bantuan Persekolahan 1Malaysia 2013


15 Januari 2013 merupakan hari pengagihan bantuan persekolahan 1Malaysia di SK Simpang Rengam.Ia telah disempurnakan oleh Tn Hj Onn b Mohd Yassin,Adun Layang-layang.Bertempat di Dewan SK Simpang Rengam,proses pengagihan berjalan dengan lancar dan teratur.

Kembali ke sekolah...sesi 2013

Sesi persekolahan tahun 2013 telah bermula....
Ayuh tiupkan azam untuk menjadikan sesi persekolahan 2013 ini lebih gemilang berbanding tahun sebelumnya....

Semoga SK Simpang Rengam akan lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.......

Tuesday 20 November 2012

@Keputusan UPSR 2012

Syabas dan tahniah pada calon-calon UPSR SK Simpang Rengam tahun 2012 kerana telah mencatat keputusan yang sangat memberangsangkan.Seramai 33 orang calon telah mendapat 5A dan 29 mencatat keputusan 4A

Monday 10 September 2012

UPSR 2012

Guru-guru dan warga SK Simpang Rengam mengucapkan selamat menjalani peperiksaan UPSR kepada calon-calon UPSR SK Simpang Rengam.Semoga berjaya dan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.Doa kami mengiringi kalian.....
*Kejayaan anda,kebanggaan kami.......

Monday 2 July 2012

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012

perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Simpang Rengam Tahun 2012 telah berjalan pada 14 & 15 Jun 2012.Perkhemahan ini telah di adakan di padang sekolah.Antara aktiviti yang di laksanakan adalah seperti malam kebudayaan,pertandingan memasak dan jungle tracking.Selama dua hari peserta perkhemahan di beri peluang hidup berdikari dengan diawasi oleh guru-guru yang bertugas.

Thursday 14 June 2012

Hari Guru 2012

Seperti tahun -tahun sebelum,tanggal 16 Mei setiap tahun di sambut dengan sambutan Hari Guru di seluruh negara.SK Simpang Rengam turut merayakan hari istimewa untuk para guru ini mengikut sesi.
Bagi sesi pagi,sambutan dimulai pada jam 7.15 pagi dengan perhimpunan semua murid dan guru sesi pagi diikuti dengan acara-acara yang telah disusun sehingga jam 9.30 pagi.
Bagi sesi petang pula,sambutan bermula dari jam 2 petang hingga 6.Dimeriahkan dengan nyanyian dan permainan......

Monday 2 April 2012

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SK Simpang Rengam telah di adakan pada hari Sabtu,31 Mac 2012.Mesyuarat ini telah di rasmikan oleh Tn Hj Tosrin b Jarvanti-Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri.Pada mesyuarat ini juga telah di sampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan UPSR 2012.

Sebagai menyerikan lagi majlis,persembahan koir dan nasyid telah di persembahkan oleh pelajar SK Simpang Rengam.Acara cabutan bertuah turut diadakan sebagai memeriahkan acara.