PSS SK Simpang Rengam telah menerima sumbangan dari Waqaf An-Nur untuk proses naik taraf pusat sumber.Sumbangan berupa peralatan dan kelengkapan Pusat Sumber bernilai RM30 ribu ringgit.
Sumbangan itu telah disampaikan sendiri oleh Timbalan Pengurus Besar Waqaf An-Nur,Tn Hj Shahruni b Hj Aslam dalam majlis Anugerah Cemerlang yang berlangsung di Dewan SK Simpang Rengam pada 15 November 2011.
Wakil dari pihak Waqaf An-Nur ini kemudiannya turut dibawa melawat ke Pusat Sumber SK Simpang Rengam untuk melihat sendiri lokasi yang akan dinaiktaraf.
Thursday, 17 November 2011
Hari Anugerah Cemerlang 2011
Hari Anugerah Cemerlang bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun dan meraikan tokoh-tokoh murid yang cemerlang samada dalam bidang kurikulum &ko-kurikulum.Majlis yang telah di adakan pada 15 November 2011 bertempat di dewan SK Simpang Rengam bermula pada jam 8.30 pagi telah dirasmikan oleh Tn Hj Shahruni b Hj Aslam,Timbalan Pengurus Besar Waqaf An-Nur Corporation Berhad.
Pelajar menerima hadiah bagi kategori matapelajaran terbaik,terbaik dalam aliran sementara bagi anugerah khas pula seperti tokoh murid,terbaik akademik,terbaik sahsiah,tokoh NILAM dan anugerah ko-kurikulum.
Majlis pada pagi itu telah di serikan dengan persembahan koir,kalam jamaie dan dikir barat.

Monday, 14 November 2011
Perkhemahan Akhir Tahun 2011
Friday, 28 October 2011
Penyampaian hadiah program NILAM 2011
Pusat Sumber SK Simpang Rengam bagi sesi petang telah mengadakan sesi penyampaian hadiah bagi program NILAM tahun 2011 pada hari Isnin-24 Oktober 2011 yang lalu.Acara yang diadakan sewaktu perhimpunan sesi petang telah memberikan hadian kepada para pemenang bagi acara-acara yang telah di pertandingkan seperti pembaca terbanyak dan membaca jawi lancar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan bagi yang tidak bernasib baik cuba lagi di tahun hadapan.........
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan bagi yang tidak bernasib baik cuba lagi di tahun hadapan.........
Mahrajan j-QAF peringkat Negeri 2011
Wakil SK Simpang Rengam sedang membuat persembahan |
Juara Dikir Barat-Daerah Kulaijaya |
Wakil dari SK Simpang Rengam |
Pada 22 Oktober 2011 yang lalu,daerah Kluang telah menjadi tuan rumah pada Mahrajan j-QAF peringkat negeri.Sebanyak 4 cara telah dipertandingkan iaitu Tilawah ketegori lelaki dan perempuan,kalam jamaie dan dikir barat.
SK Simpang Rengam selaku johan dikir barat daerah Kluang turut menyertai mahrajan kali ini dan telah mendapat tempat ke 4.
Keputusan lain adalah seperti berikut:
Dikir barat:Johan-Daerah Kulaijaya
Kalam jamaie:Johan-Daerah Kulaijaya
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua......
Thursday, 13 October 2011
Mahrajan j-QAF Daerah Kluang 2011
SK Simpang Rengam telah menyertai Mahrajan j-QAF daerah Kluang 2011 yang telah di adakan pada 1 Oktober yang lalu bertempat di SK Abdul Rahman Yasin,Kluang.
Acara yang dipertandingkan adalah tilawah al-quran,kalam jamaie dan dikir barat bahasa Arab.
SK Simpang Rengam telah menjadi juara bagi acara dikir barat manakala bagi kalam jamaie telah mendapat tempat ketiga.Syabas di ucapkan kepada kumpulan dikir barat dan kalam jamaie di atas kejayaan yang telah dicapai.........

Sunday, 9 October 2011
Adi Putra-Ikon genius
Pada 1 & 2/10/2011 yang lalu,Adi Putra telah berada di SK Simpang Rengam untuk berada bersama-sama sekumpulan pelajar yang terpilih untuk sesi belajar bersama Adi.Ini adalah kunjungan kali kedua Adi Putra ke SK Simpang Rengam.
Selama dua hari bersama,pelajar-pelajar ini dapat belajar dari Adi Putra tentang cara,teknik dan kaedah-kaedah rumus matematik yang lebih cepat dan sistematik.Sesi interaksi ini bertempat di perpustakaan SK Simpang Rengam

Wednesday, 21 September 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)