Thursday 17 November 2011

Sumbangan dari Waqaf An-Nur untuk PSS SK Simpang Rengam

PSS SK Simpang Rengam telah menerima sumbangan dari Waqaf An-Nur untuk proses naik taraf pusat sumber.Sumbangan berupa peralatan dan kelengkapan Pusat Sumber bernilai RM30 ribu ringgit.

Sumbangan itu telah disampaikan sendiri oleh Timbalan Pengurus Besar Waqaf An-Nur,Tn Hj Shahruni b Hj Aslam dalam majlis Anugerah Cemerlang yang berlangsung di Dewan SK Simpang Rengam pada 15 November 2011.


Wakil dari pihak Waqaf An-Nur ini kemudiannya turut dibawa melawat ke Pusat Sumber SK Simpang Rengam untuk melihat sendiri lokasi yang akan dinaiktaraf.

Hari Anugerah Cemerlang 2011

Hari Anugerah Cemerlang bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun dan meraikan tokoh-tokoh murid yang cemerlang samada dalam bidang kurikulum &ko-kurikulum.Majlis yang telah di adakan pada 15 November 2011 bertempat di dewan SK Simpang Rengam bermula pada jam 8.30 pagi telah dirasmikan oleh Tn Hj Shahruni b Hj Aslam,Timbalan Pengurus Besar Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Pelajar menerima hadiah bagi kategori matapelajaran terbaik,terbaik dalam aliran sementara bagi anugerah khas pula seperti tokoh murid,terbaik akademik,terbaik sahsiah,tokoh NILAM dan anugerah ko-kurikulum.

Majlis pada pagi itu telah di serikan dengan persembahan koir,kalam jamaie dan dikir barat.

Monday 14 November 2011

Perkhemahan Akhir Tahun 2011



Perkhemahan akhir tahun telah dilaksanakan di Kawasan Rekreasi Tampok laut telah berjalan pada 11-13 November yang lalu.Perkhemahan ini yang telah disertai oleh lebih kurang 35 orang murid merangkumi aktiviti fizikal dan mental seperti motivasi diri,kecergasan dan kepimpinan.