Friday 28 October 2011

Penyampaian hadiah program NILAM 2011

Pusat Sumber SK Simpang Rengam bagi sesi petang  telah mengadakan sesi penyampaian hadiah bagi program NILAM tahun 2011 pada hari Isnin-24 Oktober 2011 yang lalu.Acara yang diadakan sewaktu perhimpunan sesi petang telah memberikan hadian kepada para pemenang bagi acara-acara yang telah di pertandingkan seperti pembaca terbanyak dan membaca jawi lancar.





Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan bagi yang tidak bernasib baik cuba lagi di tahun hadapan.........

Mahrajan j-QAF peringkat Negeri 2011






Wakil SK Simpang Rengam sedang membuat persembahan

Juara Dikir Barat-Daerah Kulaijaya
Wakil dari SK Simpang Rengam

     Pada 22 Oktober 2011 yang lalu,daerah Kluang telah menjadi tuan rumah pada Mahrajan j-QAF peringkat negeri.Sebanyak 4 cara telah dipertandingkan iaitu Tilawah ketegori lelaki dan perempuan,kalam jamaie dan dikir barat.
     SK Simpang Rengam selaku johan dikir barat daerah Kluang turut menyertai mahrajan kali ini dan telah mendapat tempat ke 4.
     Keputusan lain adalah seperti berikut:
         Dikir barat:Johan-Daerah Kulaijaya
         Kalam jamaie:Johan-Daerah Kulaijaya

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua......

Thursday 13 October 2011

Mahrajan j-QAF Daerah Kluang 2011

SK Simpang Rengam telah menyertai Mahrajan j-QAF daerah Kluang 2011 yang telah di adakan pada 1 Oktober yang lalu bertempat di SK Abdul Rahman Yasin,Kluang.
Acara yang dipertandingkan adalah tilawah al-quran,kalam jamaie dan dikir barat bahasa Arab.

SK Simpang Rengam telah menjadi juara bagi acara dikir barat manakala bagi kalam jamaie telah mendapat tempat ketiga.Syabas di ucapkan kepada kumpulan dikir barat dan kalam jamaie di atas kejayaan yang telah dicapai.........

Sunday 9 October 2011

Adi Putra-Ikon genius

Pada 1 & 2/10/2011 yang lalu,Adi Putra telah berada di SK Simpang Rengam untuk berada bersama-sama sekumpulan pelajar yang terpilih untuk sesi belajar bersama Adi.Ini adalah kunjungan kali kedua Adi Putra ke SK Simpang Rengam.


Selama dua hari bersama,pelajar-pelajar ini dapat belajar dari Adi Putra tentang cara,teknik dan kaedah-kaedah rumus matematik yang lebih cepat dan sistematik.Sesi interaksi ini bertempat di perpustakaan SK Simpang Rengam